Friday 9 May 2014

ISU-ISU PENERBITAN ELEKTRONIK MENGENAI (FACEBOOK)

1.0       PENGENALAN

Teknologi di era globalisasi telah pesat membangun di bidang komunikasi. Bidang komunikasi ini memudahkan manusia untuk berhubung dengan seseorang dengan cepat. Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam membantu negara kita untuk terus membangun sebagai penghubung, pentafsir dan penghibur.

Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan  dalam perkembangan dunia teknologi hari ini. Ia adalah sebuah rangkaian sosial yang memberi peluang kepada untuk berinteraksi, kirim mengirim pesan, mencari teman, melancarkan promosi bagi sesuatu perniagaan, bertemu dengan kawan lama dan sebagainya.

Pengguna Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi. Facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. Semua pengguna boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook.

Pengenalan laman jaringan sosial seperti  berjaya menarik perhatian berjuta-juta pengguna sebagai salah satu alat jaringan sosial dalam kehidupan harian mereka. Antara motivasi yang menggalakkan mereka menggunakan laman sosial ini adalah disebabkan ciri-ciri yang dimilikinya. Laman jaringan sosial ini membolehkan komunikasi dalam kitaran hubungan yang lebih akhrab di kalangan pengguna facebook.


2.0       KEBAIKAN FACEBOOK

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat.

Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia.ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputusSetiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini.

Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.

Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan member respondan cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan. 

Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Sebaliknya boleh mengurangkan strest akibat sesuatu biasanya masalah yang wujud di pekerjaan 

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah.Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.

Selain itu, perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga. Contohnya, kos pengiklanan, kos talian(telefon) dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari.Ini bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita.

Utamakan kandungan berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita. Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes).Kurang sesuai untuk menjual semata-mata.

3.0       KEBURUKAN FACEBOOK

Di sebalikn penggunaan facebook,pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna Facebook leka dan lalai melayan Facebook seperti bermain game tanpa melayan kawan atau rakan yang duduk di hadapan. Selain dari membuang masa, pengguna Facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik.

3.1       KURANGNYA SOSIALISASI

Masa yang diperuntukkan untuk facebook adalah sangat banyak. Apatah lagi,di dalam facebook terdapat pelbagai jenis "games" yang mampu melekakan remaja. Apabila ini berlaku,remaja mula kurang melakukan aktiviti yang sosial bersama rakan-rakan sebaya, tidak berminat untuk menghadiri kenduri atau majlis-majlis. Tambahan pula,ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama keluarga. Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga.

Keadaan begini lama kelamaan akan merosakan hubungan erat ahli keluarga dan mengurangkan kasih saying sesamnya. Kita kena tahu untuk menguruskan masa lapang. Malahan bagi remaja kini sudah memiliki telefon bimbit cangih yang mempunyai pelbagai aplikasi lapangan dan laman sosial seperti facebook, wehat, whatsapp, viber, dan line. Kesemua aplikasi ini dikenalkan untuk memudahkan cara perhubungan.

Tetapi di sini berapa orang menggunakan kesemua aplikasi ini dengan berkesan dan berguna? Keadaan beginilah menggurangkan keakhraban sesame ahli keluarga. Pada pandangan saya 10 tahun yang akan nanti mungkin ahli keluarga yang berada di dalam rumah yang sama akan berkomunikasi sesama dengan aplikasi laman sosial begini. Keadaan begini dah pasti akan menjejaskan hubungan baik sesama orang terdekat.


3.2       PEMBAZIRAN WANG DAN MASA

Jika dahulu,remaja yang ponteng sekolah akan melepak di pusat membeli-belah,berlainan pula sekarang.Cyber cafe akan menjadi pusat mereka menghabiskan waktu dan wang sekiranya mereka ponteng sekolah.Terdapat kes yang sanggup menipu dan mencuri wang semata-mata untuk berkunjung ke cyber café.

Mereka juga kurang berinteraksi dan meluangkan masa mereka bersama ahli keluarga.  Perkara ini menyebabkan kehidupan mereka menjadi semakin terpencil dan dunia mereka tidak begitu berkembang dan tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Hubungan kekeluargaan secara langsung juga menjadi tidak mesra akibat daripada perbuatan ini.

3.3       KESIHATAN TERJEJAS
     
Bukan sahaja yang membazirkan masa,malah ia turut menjejaskan kesihatan. Duduk terlalu lama menghadap komputer sambil melayari facebook boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan,antaranya obesiti(akibat tidak melakukan senaman dan tidak banyak bergerak), penghadaman(duduk terlalu lama), atau penyakit mata (terlalu lama memandang komputer) atau penyakit saraf dan sakit belakang.

Jika kita bandingkan orang yang menggunakan facebook dan orang tidak menggunakan facebook ada banyak perbezaan. Antara perbezaan mereka yang menggunakan facebook ada kemungkinan besar menghadapi masalah mental iaitu jika satu hari terlepas untuk melayarinya maka tidak dapat melakukan lain kerja. Biasanya orang yang bekerja di sesebuah pejabat yang menggunakan komputer untuk menguruskan kerjanya. Apabila kita lihat icon komputer itu mesti aplikasi facebook sentiasa dalam keadaan buka. Penyakit jiwa arat mental ini tidak boleh ditemui secepat mungkin terhadap seseorang pengguna facebook.


 3.4       KURANG MINAT BELAJAR

Remaja didapati mula tidak minat belajar apabila terlalu asyik melayari facebook. Ini pastinya akan menjejaskan akademik dan masa hadapan mereka. Apabila pensyarah mengajar di depan, remaja asyik melayari facebook di belakang. Kes begini sering berlaku di peringkat Universiti, para pelajar biasanya seronok duduk waktu kuliah dan mereka sering berkomunikasi dengan chat icon daripada facebook. Ini menjejaskan pelajaran mereka. Situasi yang biasanya berlaku adalah apabila membuat tugasan akademik. Ada banyak persoalan timbul dan memanggil pensyarah untuk bertanya tentang tugasan yang diberinya itu drngan sebutan kurang faham.

Bukan itu sahaja, lama kelamaan minat seseorang pelajar akan kurang terhadap pelajaran dan tinggi terhadap penggunaan rangkaian facebook. Bukan kata salah jika menggunakan facebook malah sebagai seorang pelajar kita harus tahu menggendalikan masa dengan semua perkara. Masa itu emas jadi sentiasa perlu agihkan masa untuk laman sosial dengan tepat. Contohnya gunakan facebook selepas waktu balik dari sekolah atau penghabisan pelajaran. Jika kita masuk ke dalam facebook maka ada banyak perkara, jadi sebagai pelajar harus berwaspada ketika menggunakan rangkaian facebook ini.


3.5       PERSELESIHAN FAHAM DAN PERGADUHAN

Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar. Misalnya status yang di'update' boleh mengudang kemarahan orang lain.Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum.

Kita meletakan gambar yang lucu yang ada kawan kita bukan dalam niat buruk manakala orang yang terlibat itu, mungkin memberi keutamaan kepada imej peribadi, malah wujudlah pergaduhan atau pertelingkaan. Jangan upload gamabar atau isu sensetif di laman facebook kerana ia akan mencemarkan dan menjejaskan masa depan kita.

Contohnya kes seorang teman berbangsa Cina meletakan gambar dan meletakan perkataan yang mnghina agama Islam. Apa yang terjadi akhirnya diberi hukuman penjara. Kes begini bukan sahaja mencemarkan diri sendiri malah mewujudkan perselisihan faham di kalangan orang awam yang berbilang bangsa.


4.0       CARA-CARA MENGATASI PENGGUNAAN FACEBOOK

4.1       Tentukan hala tujuan
Facebook sangat bagus digunakan untuk banyak perkara. Namun kita perlu tetapkan tujuan kita melayari facebook.

4.2       Hadkan Waktu
Apabila kita menetukan waktu penggunaan facebook maka kita tahu menggendalikan facebook dengan baik. Selepas kerja atau sekolah kita menggunakan facebook adalah amalan yang bagus.

4.3       Matikan Komputer
Antara cara yang baik untuk menggelakan anda meggunakan facebook adalah matikan komputer. Pergi ke luar untuk mencari atau manjalankan aktiviti lain. Antara aktiviti hobi, seperti main bola, pancing ikan, dan lain lagi.

4.4       Anggap Sebagai Hiburan
Jika kita anggap facebook sebagai hiburan maka kita akan menggunakanya pada waktu perlukan. Contohnya apabila selesai waktu pekerjaan kita boleh gunakan.



 5.0       KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan Facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan Facebook tersebut. Penggunaan Facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik. 

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara.Selain itu juga, kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi Facebook ini dalam pembahagian masa agar ianya tidak merugikan kita.Terutamanya kepada para pelajar dan penuntut di Universiti.

Akhirnya Sebagai seorang yang berpelajaran, kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara.Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.